Pos Belum terletak di penghujung ulu Sungai Perak, iaitu jauh di pendalaman hutan di utara negeri Perak. Masa saya muda dahulu pernah berkhidmat disana untuk beberapa bulan. Disinilah saya mula mengenal dan menikmati ikan kelah kerana sungai disini terdapat banyak sekali ikan kelah. Memang pun tempat ikan kelah kerana ianya jauh dipendalaman dan tidak diduduki manusia kecuali orang asli suku Jahai.
Ketika kami mencuci mess-tin atau juga bekas2 makanan ditepi sungai, beberapa ekor ikan kelah yang seberat satu kilo datang dengan jinaknya untuk memakan sisa2 makanan yang kami buang. Alangkah indah dan seronoknya melihat ikan2 ini bermain ditempat air yang cetek dan jerneh didepan kami. Warna kemerah-merahan ikan ini menambah indahnya bila dilihat dan tontoni dalam natural habitat mereka.
Namun itu ada lah kenangan manis sahaja, kerana ianya berlaku lebihkurang 35 tahun yang lalu. Untuk mengimbau kenangan2 yang telah berlalu, saya kini telah membina sebuah kolam untuk membela ikan kelah. Kolam ini bersebelahan dengan Sungai Langat yang air nya cukup jerneh dan sangat sesuai untuk membela ikan kelah. Saya menyalurkan air sungai ke kolam saya dan limpahan air akan terus masuk ke Sg Langat kembali, dan semestinyalah saya saya pasang netting di kedua dua saluran air masuk dan keluar.
Kini ikan kelah saya telah berumur 6 bulan dan mencecah keberatan 1 kati. Ada anggaran 80 ekor didalam kolam tersebut. Insya allah lagi 4 bulan maka ianya cukup besar dan boleh dimakan. Setakat ini saya cuma memberi makanan pellet sahaja iaitu seguni berharga RM59.60 dan seguni cukup untuk satu minggu sahaja.
Syabas Bro...bila mahu jemput kamik oarang Sarawak bertandang kekolam ikan kelah dan seterusnya berkelah dipinggiran kolam tersebut?
ReplyDeleteLagi enak jika dapat diBBQ beberapa ekor kelah untuk juadah istimewa bagi kamik!
Bagi saya satu ekor nanti yer... Pernah dengar jer 'ikan kelah' tapi belum pernah makan lagi. Jika banyak disedekah maka pahalanya berlipat kali ganda!
ReplyDelete